Agent Registration
Fill in the details below to register as an agent
🎉
Registration Submitted!
Your application is under review. You will be notified once your account has been activated.
Syarat & Terma Pelantikan Ejen Umrah
Dhia Travel — sila baca sebelum menghantar permohonan
Dengan menghantar permohonan ini, pemohon bersetuju terikat dengan syarat dan terma berikut.
1. Kelayakan Pendaftaran
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
- Pemohon wajib mengemukakan dokumen pengenalan diri dan maklumat yang diminta oleh syarikat.
- Semua maklumat yang diberikan mestilah benar, tepat dan terkini.
- Syarikat berhak menolak mana-mana permohonan tanpa memberikan alasan tertentu.
2. Status Pelantikan Ejen
- Ejen hanya dianggap sah selepas menerima ID ejen dan pengesahan rasmi daripada syarikat.
- Ejen tidak dibenarkan mengaku sebagai pekerja atau pihak pengurusan syarikat kecuali diberi kuasa secara bertulis.
- Pelantikan ejen adalah khusus untuk tujuan yang ditetapkan oleh syarikat.
- Syarikat berhak menyemak semula, menggantung atau menamatkan status ejen pada bila-bila masa mengikut terma ini.
3. Peraturan Promosi
Ejen wajib:
- Menggunakan bahan promosi yang diluluskan syarikat
- Menggunakan harga dan maklumat pakej terkini
- Memberikan maklumat yang benar dan tepat kepada bakal jemaah
- Mendapatkan pengesahan syarikat sebelum membuat sebarang promosi khas
Ejen dilarang keras:
- Menurunkan atau menaikkan harga pakej sesuka hati
- Memberikan diskaun tanpa kelulusan
- Membuat janji berkaitan hotel, penerbangan, visa atau kemudahan tanpa pengesahan syarikat
- Menggunakan logo dan nama syarikat untuk urusan yang tidak dibenarkan
- Mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan atau menjejaskan nama baik syarikat
4. Urusan Pembayaran Jemaah
- Semua pembayaran hendaklah dibuat mengikut kaedah pembayaran rasmi yang ditetapkan oleh syarikat.
- Ejen tidak dibenarkan mengarahkan jemaah membuat pembayaran ke akaun peribadi tanpa kebenaran bertulis daripada syarikat.
- Ejen dilarang menggunakan wang jemaah bagi tujuan peribadi atau tujuan lain.
- Setiap pembayaran hendaklah mempunyai rekod dan bukti pembayaran yang jelas.
- Ejen wajib memaklumkan kepada jemaah mengenai prosedur pembayaran yang sah.
5. Penggunaan Nama & Identiti Syarikat
Ejen dilarang:
- Membuka akaun media sosial menggunakan nama syarikat tanpa kebenaran
- Menggunakan logo syarikat untuk tujuan peribadi
- Membuka akaun bank atau perniagaan yang boleh mengelirukan jemaah sebagai akaun rasmi syarikat
- Menggunakan nama syarikat selepas status pelantikan ditamatkan
6. Etika & Tanggungjawab Ejen
Ejen hendaklah:
- Menjaga nama baik syarikat
- Berkomunikasi secara profesional dan beretika
- Tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan panik atau kekeliruan kepada jemaah
- Menjaga kerahsiaan maklumat syarikat dan jemaah
- Memberikan kerjasama kepada pihak pengurusan apabila diperlukan
7. Larangan Keras
Ejen dilarang keras daripada:
- Menipu atau memberikan maklumat palsu
- Menggunakan wang jemaah tanpa kebenaran
- Mengambil bayaran tambahan tanpa kelulusan
- Membuat pakej atau promosi sendiri atas nama syarikat
- Menjatuhkan nama syarikat atau membuat kenyataan tidak benar
- Menyebarkan maklumat sulit syarikat atau jemaah
- Menggunakan status ejen untuk tujuan yang tidak dibenarkan
8. Penamatan Pelantikan
Syarikat berhak mengambil tindakan termasuk:
- Memberikan peringatan
- Menggantung status ejen
- Menamatkan pelantikan serta-merta bagi kesalahan serius
- Menarik balik akses kepada bahan dan sistem syarikat
- Mengambil tindakan lanjut mengikut undang-undang dan perjanjian yang berkuat kuasa
Nota: Pelantikan sebagai ejen adalah satu amanah. Sebarang penyalahgunaan nama syarikat, penerimaan wang tanpa kebenaran, penyampaian maklumat palsu, atau tindakan yang menjejaskan kepentingan jemaah dan syarikat boleh menyebabkan status pelantikan ditarik balik serta-merta, dan tindakan lanjut diambil mengikut peraturan yang berkuat kuasa.